Sunday, May 29, 2011

Kem . Terbaek ! XD


Haa . Pada 27 may lalu , aq dan peserta-peserta kem bersepadu telah bertolak ke hutan rekeasi ayer keroh melaka . Dalam bas punyelah best bercerita macam-macam ngan kekawan . Sampai je sane terus kene kawad . Haha . Haiyyoo ! Semua orang dah cuak takut fasi-fasi semua garang . But nasib baik tak . Ade 4 org je yang garang kat dalam kem nie . Haha . But xdela kejam sangat . Kawad berterabor pon dieorang xmara sangat. Anyway , Platun aq , Platun 1 telah dinobatkan sebagai platun terbaek . Huhhh ! Bangge ! XD . And ketue kiteorang ialah Prasat . Naseb baik die ade . Walaupon kat sekolah die agak gile kuase , tapi kt sini die bole tahan lawak and baik . Terime cadangan kiteorang sume . haha .


And the best part is this. Pada hari sabtu malam ahad tu kan , satu kem kene marah . Memang garang gile tahap nk mamposs . Abg Anuar / Komeng name die . PERGHHH ! Menggeleter tangan aq mase kene tu . Aq tengok kt sume org , muke dorg sume dh pucat . Tadi sume mate merah , ngantok . Mane taknye , tido pukol 1.30 bngun pukol 4.45. Campor sentri lagi , dalam 2 jam setengah je tido . Hadoiii . Back to the story , memang garang gile . Seram . Dalam hati aq , aq dah berniat dah , 'Tak hingin aq nk masok kem ni lagi tahun depan' , Hahaah . But last2 , rupe-rupenye dorg buat suprise . Befday budak2 yg lahir bulan 5 , ade 5 org . Dorg lagi cuak kot . Kene berdiri kt depan and kene tengking . Hadoii . Pandai betol la abg2 faci tu berlakon . Haha . But aq tgk , muke2 peserta still cuak and murung je walaupon dah diberi tau yg tu sebenarnye suprise je , lakonan semate-mate . Haha . aq akan ingat haritu smpai bile . CUAK sial ! Otw balik Puchong dalam bas , Adib , Rahman , Asyraf , Luqman ngan aq sebok bercerite pasal kem tu . TAK TIDOR LGSONG KOT. org lain sume dah gigih buat taik mate . Haha . Cerite tu la , nie la . Aq rse  ternganga-nganga pintu neraka kalau  kiteorg teroskan perbincangan kiteorang .Huhu.  Anyway , kem nie memang best ! Tahun depan aq and kekawan bertekad nk masok lagi . hihi . XD

Sunday, May 22, 2011

Demam Bigbang ?


HAA . Fenomena ini akhirnye berlaku jua . Bigbang telah menjadi buah mulut kekawan ku . Haha . Syok! Smpai dh tuka DP kt fb , haha ! Nk tgk ? Jp .


Cik kak Intan Shamira ~ haha 
(http://intanshamira.blogspot.com/)


Encik Najmie ~ Katenye nk tuka


Encik Adan . haha 
(http://adanmika.blogspot.com/)


Aq , haha ! gedik ~


Saturday, May 21, 2011

An Enjoyable Party ~

Haa . Sebenarnye dah lame dah . Hari ni baru nak update . exam la kate kan . tak ade masa nak update . Huhu . Okey Okey , meh aq citer sikit. Pada 14 May yang lepas , Thiah ade buat birthday party kat rumah die. And die pon jemputlah aq . Aq pon pegilah . Mule2 segan nak masok sebab ade ramai sanak saudare die , but masok je la . perot dah lapar . hehe . And then ramai la jugak geng2 sekepale Thiah yg datang. Lyana , Farah D, Erin , fadhilah and ramai lagi la . Tak nak cerita panjang , kite tgk je la gmbar2 nye .






muke kauu macam diva la erin , haha 

 

Thursday, May 19, 2011

10 things you should know about me ~

  1. Sangat sangat sangat suke makan/melantak/menelan etc.
  2. Suke MATH wlaupun jarang2 dpt A dlm exam , hehe . Tidak mengetahui puncanya ~
  3. Tak pernah kene 'brainfreeze' ( btol ke ejeannye ? ) Hebat kan ? haha , 
  4. Tak ingat mcm mane aq kenal kwn2 aq . hehe . dorg pon same kay, 
  5. Tgh mngumpulkan duit . Nk pegi New York Skin Solution . Basmi jerawat ~
  6. Angan-angan mnjadi penulis novel remaja ~ Angan2 je , 
  7. Ramai kawan2 yg suke gelak kuat2 smpai pernh kene tegor . And i like it !
  8. Semenjak msuk skola menengah , never get bm A. Haha , aq tau lawak , 
  9. Kegemaranku = BIGBANG , maggi , novel . 
  10. Tidur kalu menghadap kiri , esok pagi pon menghadap kiri . Tak bergerak . hehe , 

Tuesday, May 10, 2011

EXAM . ;)

  • Dpt jadual exam
  • Tension
  • Study
  • Study
  • Study
  • Tension
  • Penat
  • Letih
  • Study
  • EXAM
  • Dpt result
  • Bunuh diri kalo fail / Hepi kalo pass , 

Friday, April 22, 2011

Arghh ! Novel oh Novel ,

  Splash !

   Lamunan Iqbal terbantut dek simbahan air yang tepat mengenai wajahnya. Sepantas kilat dia melihat wajah si penyimbah yang seakan-akan menjadikan wajahnya sebagai tempat melepaskan geram. 'Aku punya maruah!' Ayat ini terus bermain di fikiran Iqbal. Perasaan malu mula menyelebungi dirinya. 'Apa salah ku ?', monolog Iqbal. Suasana yang tadi haru-biru, kini menjadi sepi lantaran fenomena simbahan yang julung kalinya berlaku tadi.

   Kamal mula memaki hamun aktiviti yang Iqbal dan rakan-rakannya anjurkan.'Woi Kamal! Engkau buang tebiat atau terkena penyakit sawan anjing gila? Aku report kat Pak Long nanti !'  tempelak Nina. Nina memang terkenal dengan kemantapan vokalnya. Tiada sesiapa yang dapat menandingi kehebatannya bersuara. Nina sepupu Kamal. Hanya dia saja yang berani melawan budak lelaki itu.

   Namun, lemparan vokal Nina seperti tidak memberi kesan kepada Kamal. Iqbal yang masih terkedu, hanya mampu mendiamkan diri . Dia tidak mahu mencetuskan Perang Dunia ke-3 dengan Kamal. Siapa yang tidak kenal Kamal Ashraff bin Tan Sri Roslan, anak Yang di-Pertua PIBG sekolah itu. Hampir kesemua pelajar Sekolah Menengah X lali dengan perangainya yang suka memerintah. Hanya Hafiz dan Qayyum, dua pelajar yang menjadi blacklist  buat hampir setiap warga di sekolah tersebut, setia menjadi pengikutnya.  Antara warga sekolah yang menyenarai hitam mereka adalah ;


  • Cikgu Dani, guru disiplin di sekolah tersebut. Turut dikenali sebagai Cikgu Buncit kerana kebesaran perutnya yang luar biasa.
  • Cikgu Naini, guru tingkatan mereka. Hampir semua pelajar memanggilnya Cikgu Singa kerana tahap ngaumannya sangat menakjubkan.
  • Cikgu Maria. Boleh dikatakan cikgu yang paling bergaya dan up to date di sekolah tersebut. Sering kali memakai tudung ala-ala penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza. Fesyen tersebut telah menjadi bahan ejekan buat Hafiz dan Qayyum.
  • Makcik Semah, pengusaha kantin di sekolah tersebut. Hampir setiap hari Hafiz dan Qayyum yang bermuka tembok akan meminta makanan secara percuma daripada dia.
  • Pakcik Muthu, guard di sekolah tersebut. Sudah berjuta kali percubaan ponteng  sekolah berjaya dilaksanakan oleh mereka berdua walaupun dikejar oleh guard tersebut.   
  • Daniel, ketua pelajar Sekolah Menengah X. Sering kali dapat menghidu perbuatan nakal mereka berdua namun gagal mendapatkan sebarang bukti. 
  • Hampir kesemua makcik cleaner sekolah tersebut. Setiap hari pasti akan berlaku insiden kejar-mengejar secara beramai-ramai. Puncanya masih belum diketahui.       

    Mereka bertiga sudah kelihatan seperti kembar siam. Kemana saja Kamal pergi, pasti mereka berdua ada di sisi. Iqbal hanya diam membisu. Parah sekiranya dia melawan. Silap hari bulan, pasti dia akan dibuang sekolah. Kamal pasti akan mengadu yang bukan-bukan kepadanya ayahnya nanti.
 
   Agrhh! Perasaan geram mula bercampur aduk di dalam diri Iqbal. Sedikit-sedikit dia mula mengingati peristiwa yang menjadi punca berlakunya feomena simbahan tadi.
 

12 April 2011

Kringg !!

  Loceng yang menandakan permulaan waktu rehat liar berdering. Suasana Sekolah Menengah X menjadi haru-biru seakan-akan pasar malam. Hampir kesemua pelajarnya berhijrah ke kantin sekolah untuk mengisi perut mereka yang sudah lama mengaum minta diisi. Iqbal dan 2 kawan baiknya, Fahrin dan Zain turut menyertai penghijrahan tersebut.

  Mereka beratur di kaunter jualan nasi lemak. 'Aduhai... kenapalah setiap kali waktu rehat, kaunter nasi lemak mesti sesak? Rimas aku dibuatnya! ' keluh Fahrin. 'Nak buat macam mana Fahrin, waktu rehat pelajar tingkatan 4 dan 5 kan digabungkan. Jadi terpaksalah kita ikut. Lainlah pelajar tingkatan 3, tak perlu nak bersesak-sesak beratur.' balas Zain.

   Tiba-tiba, Fahrin mengalami kejutan melampau dan tidak sengaja menjerit. Aktiviti jual beli yang berlaku dengan gigihnya di kantin tersebut tergendala akibat jeritan Fahrin tadi. Mata-mata yang kehairanan mula memandangnya. Dada Fahrim berombak deras dan dia mengusap-usap dadanya dengan gigih. Aktiviti jual beli kini bersambung semula. Kemudian, kedengaran gelak ketawa seorang perempuan di sebelah mereka.

   Rupa-rupanya, dia dicuit oleh adik kembarnya, Fasha. Tanpa berlengah lagi, dia terus menunjukkan kemampuan vokalnya kepada Fasha. 'Woi Fasha! Engkau nak abang mati terkejut ke?' . Fahrin dan Fasha adalah pasangan kembar tidak seiras. Walaupun Fahrin lahir dahulu dan perbezaan masa mereka dilahirkan hanyalah dua minit, Fasha memanggil Fahrin dengan panggilan 'abang'. Ibu mereka memang telah mengajar mereka supaya menghormati antara satu sama lain. 'Hihi, sorry. ' Fasha mengedik.

   'Fasha nak apa? Duit? Bukan ibu dah bagi ke pagi tadi? Jangan pandai-pandai nak tipu abang.' Fahrin terus membuat ulasan tanpa perlu bertanya, Dia memang mempunyai bakat dalam membidas percakapan orang lain. Gelaran juara pasti akan tersemat di dada jika dia menyertai pertandingan perbahasan.

   'Eh, mana ada! Fasha ada duit okey. Fasha nak bagi tahu yang hari ini Fasha balik lambat. Ada latihan rumah sukan. Lain kali siasat dulu baru nak cakap, okay? Ni nak main tuduh-tuduh je, menyampah Fasha dengar!' Fasha mula menunjukkan aksi-aksi gedik yang terlampau. 'Ooo, okey. Nanti abang bagi tahu ibu. Fasha ada duit tak untuk lunch?'  Fahrin bertanya adiknya, Walaupun mulutnya sentiasa memonopoli diri, namun perasaan sayang dan prihatin terhadap adiknya masih ada.

   'Errrr......' Fasha mula tersenyum nakal. Fahrin yang sudah mengerti maksud 'err' tersebut mengeluarkan dompetnya. 'Nah tiga ringgit. Makan nasi lemak je. Jangan nak lebih-lebih. Ada baki pulangkan balik kat abang. Dah dah , takde tapi-tapi.' Fahrim mula mengeluarkan bebelannya yang berbisa itu. 'Tiga ringgit je? Dah la kena pulangkan baki! Mana la cukup  abangku sayang,' .Iqbal dan Zain yang dari tadi berada di belakang Fahrin tersenyum melihat telatah Fahrin dan Fasha. Sekali tengok tentu macam drama bersiri yang tiada penghujungnya.

   'Fahrin! Cepatlah beli nasi lemak tu. Perut aku dah nak meletup kelaparan ni.' Zain menyergah Fahrin. Dia tidak perasan bahawa orang di depannya sudah selesai membeli nasi lemak.  Ini semua gara-gara adik kembar kesayangannya itu. 'Oh, okey okey. Maaf zain. Aku tak sedar. Ni semua engkau punya fasal la Fasha. Dah, pergi la makan. Abang nak beli nasi lemak ni.'


Ni baru sikit je . Nanti aq sambong .Dikarang oleh Hasrul dan aku . Hehe ~~~

Tuesday, April 19, 2011

Saeng-il chugha ( 생일 축하 ) Thiah , :)


HAA , 19 Mac 2011 . Hari ni befday Thiah yg ke 15 tahun ! Dah tua dh ko eh, hehe , kiddin . Hope ko suke suprise tadi tu . Hehe . Yang tu hasil perancangan Farah , aq dtg untuk memeriahkan je . Nanti aq belanje ko makan tau . Orang lain kasi hadiah , ape barang ! Orang belanje makan la kan ! Haha ! Anyway , wish u a happy belated day !



Sedang memotong kek ka ? Haha , :p