Lamunan Iqbal terbantut dek simbahan air yang tepat mengenai wajahnya. Sepantas kilat dia melihat wajah si penyimbah yang seakan-akan menjadikan wajahnya sebagai tempat melepaskan geram. 'Aku punya maruah!' Ayat ini terus bermain di fikiran Iqbal. Perasaan malu mula menyelebungi dirinya. 'Apa salah ku ?', monolog Iqbal. Suasana yang tadi haru-biru, kini menjadi sepi lantaran fenomena simbahan yang julung kalinya berlaku tadi.
Kamal mula memaki hamun aktiviti yang Iqbal dan rakan-rakannya anjurkan.'Woi Kamal! Engkau buang tebiat atau terkena penyakit sawan anjing gila? Aku report kat Pak Long nanti !' tempelak Nina. Nina memang terkenal dengan kemantapan vokalnya. Tiada sesiapa yang dapat menandingi kehebatannya bersuara. Nina sepupu Kamal. Hanya dia saja yang berani melawan budak lelaki itu.
Namun, lemparan vokal Nina seperti tidak memberi kesan kepada Kamal. Iqbal yang masih terkedu, hanya mampu mendiamkan diri . Dia tidak mahu mencetuskan Perang Dunia ke-3 dengan Kamal. Siapa yang tidak kenal Kamal Ashraff bin Tan Sri Roslan, anak Yang di-Pertua PIBG sekolah itu. Hampir kesemua pelajar Sekolah Menengah X lali dengan perangainya yang suka memerintah. Hanya Hafiz dan Qayyum, dua pelajar yang menjadi blacklist buat hampir setiap warga di sekolah tersebut, setia menjadi pengikutnya. Antara warga sekolah yang menyenarai hitam mereka adalah ;
- Cikgu Dani, guru disiplin di sekolah tersebut. Turut dikenali sebagai Cikgu Buncit kerana kebesaran perutnya yang luar biasa.
- Cikgu Naini, guru tingkatan mereka. Hampir semua pelajar memanggilnya Cikgu Singa kerana tahap ngaumannya sangat menakjubkan.
- Cikgu Maria. Boleh dikatakan cikgu yang paling bergaya dan up to date di sekolah tersebut. Sering kali memakai tudung ala-ala penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza. Fesyen tersebut telah menjadi bahan ejekan buat Hafiz dan Qayyum.
- Makcik Semah, pengusaha kantin di sekolah tersebut. Hampir setiap hari Hafiz dan Qayyum yang bermuka tembok akan meminta makanan secara percuma daripada dia.
- Pakcik Muthu, guard di sekolah tersebut. Sudah berjuta kali percubaan ponteng sekolah berjaya dilaksanakan oleh mereka berdua walaupun dikejar oleh guard tersebut.
- Daniel, ketua pelajar Sekolah Menengah X. Sering kali dapat menghidu perbuatan nakal mereka berdua namun gagal mendapatkan sebarang bukti.
- Hampir kesemua makcik cleaner sekolah tersebut. Setiap hari pasti akan berlaku insiden kejar-mengejar secara beramai-ramai. Puncanya masih belum diketahui.
Mereka bertiga sudah kelihatan seperti kembar siam. Kemana saja Kamal pergi, pasti mereka berdua ada di sisi. Iqbal hanya diam membisu. Parah sekiranya dia melawan. Silap hari bulan, pasti dia akan dibuang sekolah. Kamal pasti akan mengadu yang bukan-bukan kepadanya ayahnya nanti.
Agrhh! Perasaan geram mula bercampur aduk di dalam diri Iqbal. Sedikit-sedikit dia mula mengingati peristiwa yang menjadi punca berlakunya feomena simbahan tadi.
12 April 2011
Kringg !!
Loceng yang menandakan permulaan waktu rehat liar berdering. Suasana Sekolah Menengah X menjadi haru-biru seakan-akan pasar malam. Hampir kesemua pelajarnya berhijrah ke kantin sekolah untuk mengisi perut mereka yang sudah lama mengaum minta diisi. Iqbal dan 2 kawan baiknya, Fahrin dan Zain turut menyertai penghijrahan tersebut.
Mereka beratur di kaunter jualan nasi lemak. 'Aduhai... kenapalah setiap kali waktu rehat, kaunter nasi lemak mesti sesak? Rimas aku dibuatnya! ' keluh Fahrin. 'Nak buat macam mana Fahrin, waktu rehat pelajar tingkatan 4 dan 5 kan digabungkan. Jadi terpaksalah kita ikut. Lainlah pelajar tingkatan 3, tak perlu nak bersesak-sesak beratur.' balas Zain.
Tiba-tiba, Fahrin mengalami kejutan melampau dan tidak sengaja menjerit. Aktiviti jual beli yang berlaku dengan gigihnya di kantin tersebut tergendala akibat jeritan Fahrin tadi. Mata-mata yang kehairanan mula memandangnya. Dada Fahrim berombak deras dan dia mengusap-usap dadanya dengan gigih. Aktiviti jual beli kini bersambung semula. Kemudian, kedengaran gelak ketawa seorang perempuan di sebelah mereka.
Rupa-rupanya, dia dicuit oleh adik kembarnya, Fasha. Tanpa berlengah lagi, dia terus menunjukkan kemampuan vokalnya kepada Fasha. 'Woi Fasha! Engkau nak abang mati terkejut ke?' . Fahrin dan Fasha adalah pasangan kembar tidak seiras. Walaupun Fahrin lahir dahulu dan perbezaan masa mereka dilahirkan hanyalah dua minit, Fasha memanggil Fahrin dengan panggilan 'abang'. Ibu mereka memang telah mengajar mereka supaya menghormati antara satu sama lain. 'Hihi, sorry. ' Fasha mengedik.
'Fasha nak apa? Duit? Bukan ibu dah bagi ke pagi tadi? Jangan pandai-pandai nak tipu abang.' Fahrin terus membuat ulasan tanpa perlu bertanya, Dia memang mempunyai bakat dalam membidas percakapan orang lain. Gelaran juara pasti akan tersemat di dada jika dia menyertai pertandingan perbahasan.
'Eh, mana ada! Fasha ada duit okey. Fasha nak bagi tahu yang hari ini Fasha balik lambat. Ada latihan rumah sukan. Lain kali siasat dulu baru nak cakap, okay? Ni nak main tuduh-tuduh je, menyampah Fasha dengar!' Fasha mula menunjukkan aksi-aksi gedik yang terlampau. 'Ooo, okey. Nanti abang bagi tahu ibu. Fasha ada duit tak untuk lunch?' Fahrin bertanya adiknya, Walaupun mulutnya sentiasa memonopoli diri, namun perasaan sayang dan prihatin terhadap adiknya masih ada.
'Errrr......' Fasha mula tersenyum nakal. Fahrin yang sudah mengerti maksud 'err' tersebut mengeluarkan dompetnya. 'Nah tiga ringgit. Makan nasi lemak je. Jangan nak lebih-lebih. Ada baki pulangkan balik kat abang. Dah dah , takde tapi-tapi.' Fahrim mula mengeluarkan bebelannya yang berbisa itu. 'Tiga ringgit je? Dah la kena pulangkan baki! Mana la cukup abangku sayang,' .Iqbal dan Zain yang dari tadi berada di belakang Fahrin tersenyum melihat telatah Fahrin dan Fasha. Sekali tengok tentu macam drama bersiri yang tiada penghujungnya.
'Fahrin! Cepatlah beli nasi lemak tu. Perut aku dah nak meletup kelaparan ni.' Zain menyergah Fahrin. Dia tidak perasan bahawa orang di depannya sudah selesai membeli nasi lemak. Ini semua gara-gara adik kembar kesayangannya itu. 'Oh, okey okey. Maaf zain. Aku tak sedar. Ni semua engkau punya fasal la Fasha. Dah, pergi la makan. Abang nak beli nasi lemak ni.'
Ni baru sikit je . Nanti aq sambong .Dikarang oleh Hasrul dan aku . Hehe ~~~



